Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli hasil sungai dan laut yang segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.

JOHOR BAHRU – Hasil sungai dan laut yang segar dan murah menjadikan Pasar Pagi Orang Asli Bakar Batu, di sini menjadi tumpuan pengunjung setempat mahupun dari luar daerah bagi membeli keperluan harian.

Meskipun tempoh pengoperasiannya hanya dua jam bermula 8 hingga 10 pagi, pencinta makanan hasil sungai dan laut sanggup datang dari jauh semata-mata mahu membeli ikan-ikan segar serendah RM5 hingga RM10 sebekas, harga kerang-kerangan dijual pada harga RM15 bagi dua kilogram atau lebih berbanding RM15 sekilogram di pasar biasa.

Tinjauan Lensa Malaysia Gazette mendapati hasil yang didaratkan setiap hari seperti kupang, udang, tiram, ikan banang susu, ikan belukan, ikan kitang, ikan daun baru, ketam dan bermacam lagi hidupan marin lain membuatkan pasar itu ‘riuh’ dengan orang ramai.

Pasar yang terletak berdekatan Sungai Tebrau dipindahkan dari Stulang Laut sejak 2018 itu diusahakan oleh masyarakat Orang Asli Seletar atau Sea Gypsies yang tinggal sekitar kawasan itu. Suku kaum itu merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai dan kuala sungai.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli hasil sungai dan laut yang segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Nelayan orang asli membawa naik hasil laut selepas mencari rezeki untuk di jual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.

Pelbagai jenis ikan hasil sungai dan laut segar dijual dengan harga murah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Pelbagai jenis hasil sungai dan laut segar dijual dengan harga murah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Peniaga orang asli yang menjual hasil sungai dan laut kepada pelanggan dengan harga yang murah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Gelagat anak orang asli selepas pulang mencari hasil laut untuk di jual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Pelbagai jenis hasil sungai dan laut segar dijual dengan harga murah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli hasil sungai dan laut yang segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.
Anak-anak orang asli bermain bersama sementera menunggu ibu bapanya menjual hasil laut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.

Suasana peniaga orang asli ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast