Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Kelibat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menimbulkan tanda tanya.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, ia kerana sebelum ini polis memaklumkan terpaksa menangguhkan untuk mengambil keterangan Abdul Hadi kerana masalah kesihatan yang dialaminya.

Presiden Pas itu dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas Pas Bakri, Muar minggu lalu.

Namun pada petang tadi hari yang sama Abdul Hadi bersama tiga Menteri Besar dari Pas serta Setiausaha Agung Pas melakukan kunjungan ke kediaman Mahathir.

“Adakah Hadi menipu pihak polis bagi mengelak dari disiasat? Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Abdul Hadi Abdul Hadi bersama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu), Datuk Nassuruddin Daud (Kelantan), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis) mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

Turut serta dalam pertemuan itu Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, , Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah mengesahkan siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – MalaysiaGazette

Hadi, tiga MB Pas jumpa Tun M