Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang pekebun sayur di Cameron Highlands mengalami kerugian RM108,344 akibat menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 34 tahun terpedaya dengan sindiket berkenaan setelah menerima mesej menerusi aplikasi Wechat pada 30 Ogos lalu.

”Mangsa menerima satu mesej melalui applikasi wechat untuk mendapatkan nombor telefonnya. Mangsa kemudian  telah menerima pautan untuk menyertai skim pelaburan saham.

“Mangsa telah diminta untuk membeli point dalam skim tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Yahaya menambah, mangsa telah membuat sebanyak tujuh kali transaksi ke empat akaun yang berbeza,” katanya menerrusi kenyataan hari ini.

Menurutnya mangsa telah menyedari ditipu apabila tidak menerima keuntungan walaupun telah melabur dalam jumlah yang besar.

Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Beliau turut menasihat orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dari pautan bagi mengelakkan jadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette