Pas Zahid LGBT Khairuddin penasihat agama bertanding Malaysia sekular
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas pernah mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bersama dalam Muafakat Nasional (MN) dahulu.

Menurut beliau, ketika itu Pas menganggap pendakwaan terhadap Ahmad Zahid berunsur pertuduhan politik.

“Malangnya, pendirian Pas berubah-ubah apabila Pas dan UMNO tidak lagi bekerjasama dalam politik.

“Kes ini dijadikan modal oleh pimpinan tertinggi Pas untuk menuduh dan mencipta persepsi ‘dalam UMNO ada keruh’ sebagai alasan untuk meninggalkan UMNO dan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.

Mohd Khairuddin menambah, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan ia merupakan prinsip keadilan Islam yang patut dijunjung oleh semua pihak.

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri itu turut meminta semua pihak agar berhenti mencipta persepsi buruk terhadap maruah manusia.

“Hatta yang bersalah pun tidak wajar dikecam dan dihina kerana berkebarangkalian keadilan gagal ditegakkan di mahkamah sementelah rahmat Allah sentiasa luas untuk orang yang bersalah,” jelasnya.

Mohd Khairuddin juga mendakwa, segala pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid sebelum ini mempunyai tujuan politik dengan matlamat menekan beliau untuk membubarkan UMNO. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. ULAMAK UMNO ni macam bengap-bengap semacam je… aq akui PAS pernah mempertahan ZAHID HAMIDI dalam Kes SAKAU tapi jika tidak SALAH kerana ZAHID HAMIDI belum dibicara dan belum dijatuhkan hukuman.. ada rangkai yang perlu difahami PENUH oleh ULAMAK UMNO… seharusnya lah.. jangan Komen hanya berpandu tajuk semata-mata.

  2. ia telah dijangkan awal sejak zahid munafik menjuburi anwar utk jawatan TPM. hajat zahid sejak TSMY jadi pm…supaya kesnya dilepaskan….tapi tsmy berprinsip .zahid dan anwar merancang yg tersurat dgn MENYALAK GAGAL GAGAL GAGAL dan TIADA KEABSHAN TSMY…..JADI RAKYAT pun TIDAK TERPERANJAT atau gembira dengan keputusan….peliknya AG tidak pula tergesa2 ingin buat RAYUAN SEMAKAN SEMULA…berbanding kes BEBAS TSMY yang diFITNAHH ANWAR MUNAFIK sekutunya TSMY menyakau RM600bilion….bila HILANG TELOR KEMALUAN ubah pada rm250juta

    KHAIRYDIN….bila ANWAR dalam videonya PRU15…BILA MASA saya ulang saya ulang AKAN BERKERJASAMA dengan umno bn yang terlibat RASUAH PENYAKAU…OOI YAHO PI YAHO’
    ZAHID pula NO ANWAR NO DAPIGS…..INI FATWA atau PUTAR BELIT}}}????? FUAD

    yakinlah GOLONGAN MUNAFIK dan PEMFITNAHH akan terima BALASAN ALLAH dunia akhirat

  3. KHAIRUDIN….MASA kamu dalam PAS..KAMU JUGA PERTAHANKAN ANWAR PELIWAT….bersama pengasas refornasi PKR WAN Azizah….YANG JELAS hari ini jadi P arti K hianat R eformasi

    khairudin tunjuk jari pada PAS TAPI kamu BUTA 4 JARI BALIK ke MUKA KAMU

Comments are closed.