KUALA LUMPUR – Sejak akhir-akhir ini, wanita berpernampilan lelaki menjadi perhatian netizen selepas kehadiran mereka semakin berleluasa di media sosial.

Apa yang amat dikesali kebanyakan pengkid itu orang Melayu dan seolah-olah mempermainkan hukum Islam.

Mereka semakin berani tampil memakai pakaian dan imej lelaki untuk membuktikan diri masing-masing adalah lelaki sejati.

Rata-rata mereka memiliki fizikal gempal sambil gaya rambut pendek dengan fesyen nipis di bahagian tepi.

Kemunculan golongan mengundang pelbagai kecaman kerana terbuka menonjolkan orientasi songsang mereka apabila yang sanggup menayang kemesraan dengan ‘teman wanita’ masing-masing di media sosial.

Paling meluat golongan itu tak segan silu menunjukkan pada khalayak yang dirinya pengkid itu selain sanggup memanggil ‘teman wanita’ yang sama jenis sebagai ‘sayang’.

Netizen tidak berniat untuk menghukum sesiapa namun tidak mahu menggalakkan dan menyokong perbuatan itu seklagus menaikkan populariti golongan sebegitu dan menganggap ia seolah budaya baharu di media sosial.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu bertindak tegas menangani isu golongan secara menyeluruh dalam usaha membanteras jenayah seksual bertentangan luar tabie.

Ini kerana isu ini perlu diberi perhatian kerana boleh memberi pengaruh  kepada kanak-kanak perempuan di media sosial kerana penggunaan Internet tidak terkawal terutama membabitkan video-video aksi pengkid ini.

Tindakan tegas perlu dilakukan untuk menyekat terus media sosial individu terbabit memandangkan laman sesawang ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja oleh kanak-kanak.

Pada masa sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memantau peningkatan jumlah pengkid yang semakin bertambah apatah lagi ia melibatkan wanita Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast