Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – DAP menggesa bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk membuat penjelasan secara terbuka berkenaan keputusan pembebasan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, penjelasan itu penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap proses undang-undang di negara ini.

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Tan Sri Idrus Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

“Penjelasan ini adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Anthony, parti pimpinannya akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif.

DAP juga akan sentiasa memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar sebelum itu memberikan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi kesemua pertuduhan.

Alasan itu termasuk pihak pendakwaan perlu mengkaji keterangan saksi-saksi pada perbicaraan itu serta bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut terhadap bukti baharu yang dikemukakan Ahmad Zahid.

Alasan lain menyentuh isu yang dibangkitkan dalam representasi bahawa pendakwaan dibuat secara cuai dan terburu-buru serta beliau menjadi mangsa pendakwaan terpilih kerajaan terdahulu.

Pada April lalu, Ahmad Zahid mengemukakan representasi kepada AGC mengandungi fakta dan bukti baharu dalam usaha menggugurkan 47 pertuduhan itu.

Representasi melebihi 200 muka surat yang dihantar terus kepada Idrus yang mana representasi tersebut mengandungi asas untuk pertimbangan agar pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid digugurkan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Timbalan Perdana Menteri itu didakwa antaranya menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Aikkk Pejabat Peguam Negara dah berikan 11 alasan utama kpd mahkamah…tak kan tak baca kot…nak surun AG repeat balik kaaaa?

    • aikkk…. shake dah baca ke 11 alasan tu…. 11 alasan tu sepatutnya sebelum pendakwaan dibuat dan sebelum mahkamah perintahkan Zahid bela diri bro… ini bukan mahkamah yg buat keputusan, tapi pihak pendakawaraya yang menarik kes… bro shake faham ke apa maksud nya

  2. Jom bangsa Johor, anak2 muda dan tua pakat ramai2 keluar mengundi pangkah PN Best Bersih. Jom tolak parti/sekutu mereka yang anti-establishment secara terang2an telah menolak perlembagaan negara.

    Jom tolak parti anti-establishment anti perlembagaan negara.

    InsyaAllah kekal istiqamah. Peace!

  3. ia telah dijangkan awal sejak zahid munafik menjuburi anwar utk jawatan TPM. hajat zahid sejak TSMY jadi pm…supaya kesnya dilepaskan….tapi tsmy berprinsip .zahid dan anwar merancang yg tersurat dgn MENYALAK GAGAL GAGAL GAGAL dan TIADA KEABSHAN TSMY…..JADI RAKYAT pun TIDAK TERPERANJAT atau gembira dengan keputusan….peliknya AG tidak pula tergesa2 ingin buat RAYUAN SEMAKAN SEMULA…berbanding kes BEBAS TSMY yang diFITNAHH ANWAR MUNAFIK sekutunya TSMY menyakau RM600bilion….bila HILANG TELOR KEMALUAN ubah pada rm250juta

    UmnoNGOK DAPIGS….bila ANWAR dalam videonya PRU15…BILA MASA saya ulang saya ulang AKAN BERKERJASAMA dengan umno bn yang terlibat RASUAH PENYAKAU…OOI YAHO PI YAHO’
    ZAHID pula NO ANWAR NO DAPIGS…..INI FATWA atau PUTAR BELIT FAKTA

    KENYATAAN DAPIGS hari ini HANYA SANDIWARA UNTUK MENAMBAT HATI PENYOKONG2 UMNONGOK DAPIGS

    yakinlah GOLONGAN MUNAFIK dan PEMFITNAHH akan terima BALASAN ALLAH dunia akhirat

Comments are closed.