Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak bergambar kenangan bersama Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International Sdn Bhd, Md Kamarzan Md Rais (tengah) serta yang lain selepas menandatangani 'Memorandum of Collaboration' di antara DatumCorp International dan MalaysiaGazette serta MITDA di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 05 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah dan residensi servis yang memaparkan rekaan unik dan mengagumkan, Datum Jelatek akan menjadi tarikan baharu pelancongan di Lembah Kelang.

Datum Jelatek akan menjadi laluan dan hentian bas pelancongan KL City Tour bagi pengunjung menikmati keindahan bangunan yang mempunyai ‘sky ring bridge’ di aras 27.

Mercu tanda Datum Jelatek itu membolehkan pelancong melihat pemandangan 360 darjah keindahan ibu negara.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Datumcorp International Sdn. Bhd., Md. Kamarzan Md. Rais, Datum Jelatek juga akan menjadi ‘istana budaya warisan Malaysia’.

Ia akan menjadi lokasi acara kepada banyak pihak termasuk pemain industri seni dan kraftangan, kebudayaan, makanan tradisional dan bermacam lagi yang boleh menarik pelancong luar.

“Dalam kecanggihan dan kemewahan, kemegahan yang ada ketika ini Datum Jelatek tetap utuh menerapkan estetika dan adat budaya serta sebagai jati diri yang wajib dipegang.

“Agar ia tidak lupus dek zaman moden dan supaya generasi masa hadapan terus dipasakkan dengan nilai murni melalui adat dan budaya,” katanya.

Residensi Datum Jelatek juga tersenarai dalam Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Bagi menjayakan aspirasi negara itu, Md. Kamarzan mewakili Datumcorp menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoC) dengan Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) yang diwakili Ketua Pengawai Eksekutifnya Kapten Mahadzir Mansor.

Kerjasama itu turut mendapat sokongan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak (kiri) menerima cenderamata dari Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International Sdn Bhd, Md Kamarzan Md Rais selepas menandatangani ‘Memorandum of Collaboration’ di antara DatumCorp International dan MalaysiaGazette di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 05 SEPTEMBER 2023.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abdul Razak yang dipilih sebagai rakan strategik media dalam mempromosikan Datum Jelatek.

MalaysiaGazette sebuah portal media berusia 10 tahun kini menjadi portal media utama di Malaysia.

“Datum begitu teruja dengan liputan-liputan yang dipaparkan MG sentiasa mendapat like dan share yang banyak.

“Pastinya dengan strategik patnership collaboration ini, Datum Jelatek akan terus dikenali merentasi dunia melalui kekuatan portal media MG,” katanya dalam ucapan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Santai Travel sebuah majalah pelancongan, Datuk Azlie Halim yakin Datum Jelatek mampu memikat pengunjung.

Katanya, kedudukan Datum Jelatek yang berada di pinggir ibu negara sememangnya strategik bagi membolehkan pengunjung melihat pemandangan panoramik Kuala Lumpur.

Beliau yakin Datum Jelatek mampu mencapai sasaran yang dihasratkan kerana komitmen yang ditunjukkan oleh syarikat pemiliknya, Datum International.

Pada majlis itu Datum International turut menandatangi perjanjian persefahaman dengan MalaysiaGazette bagi menjayakan program townhall, PLATFORM.

Program yang akan membawa isu semasa, politik, pendidikan dan lain-lain akan bersiaran langsung sebulan sekali di Datum Jelatek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast