KUALA LUMPUR – Video yang sedang tular di media sosial mengenai dakwaan ‘berduyun-duyun pendatang China nak mohon kerakyatan dari DAP’ pernah disiarkan pada sekitar tahun 2018.
Ketika itu juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara itu.
JPN menegaskan urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini yang dilaksanakan oleh JPN adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
Oleh itu, orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. – MalaysiaGazette