Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2023/2024 diumumkan pada hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, keputusan boleh disemak mulai jam 12 tengah hari 7 September 2023 hingga jam 5 petang 16 September 2023 melalui platform seperti aplikasi mobile UPUPocket di telefon atau secara atas talian melalui pautan https://jpt.ums.edu.my, http://jpt.umt.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.utm.my dan https://jpt.uum.edu.my

Katanya, pengesahan setuju terima/tolak tawaranakan bermula pada 8 September 2023 hingga 16 September 2023 melalui laman web UA masing-masing.

Tambahnya, surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 September 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Pemilihan kemasukan calon kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM adalah berdasarkan prinsip meritokrasidengan mengambil kira 90% pencapaian akademik dan 10% pencapaian kokurikulum. Manakala, pemilihan bagi calon kategori Diploma/Setaraf adalah berdasarkan 100% pencapaian akademik.

“Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA,” katanya menerusia kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, diperaku temu duga dan/atau ujian bagi program yang menetapkan syarat yang demikian, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan program pengajian di UA yang telah dipohon.

Katanya, sebanyak 1,098program pengajian sarjana muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

Terdapat 89,102tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf di 20 UA yang melibatkan 72,772tempat melalui UPUOnline manakala 16,330tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing.

Menurut kenyataan itu, hanya calon yang mengemukakan permohonan UPUOnlinemelalui https://upu.mohe.gov.my/ sahaja telah dipertimbangkan.

Katanya, jumlah permohonan UPUOnline yang diterima bagi Lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143calon dengan 70,156 calon telah berjayamemperolehi tawaran.

Jelasnya, sejumlah 24,846 calon lelakidan 45,310 calon perempuatelah berjaya ditawarkan tempat dengan kadar kejayaan lelaki adalah 94%berbanding perempuan 73.49%.

“Tawaran Laluan Khassecara keseluruhan adalah sebanyak 36,365dengan pecahan tawaran iaitu 35,892calon kategori B40, 192Orang Kurang Upaya (OKU), 181Atlet dan 100Orang Asli.

“Peratus calon Bumiputera yang berjaya adalah sebanyak 69%daripada keseluruhan calon Bumiputera yang layak. Manakala calon bukan Bumiputera yang berjaya adalah 78.70%daripada keseluruhan calon bukan Bumiputera yang layak,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, sejumlah 5,442 (84.11%)daripada 6,470 tempat melibatkan 119program pengajian dalam bidang Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) telah dipenuhi oleh calon di empat Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, katanya, sejumlah 36,463 (91.17%)daripada 39,994tempat melibatkan 673program pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) telah dipenuhi oleh calon di 20Universiti Awam.

Tambahnya, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

Calon yang tidak berjaya adalah dipelawa mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® di URL berikut: https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulaijam 12 tengah hari  7 September 2023 hingga jam 5 petang 16 September 2023.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan, katanya.

Sebarang pertanyaaan berkenaan permohonan rayuan UPUOnline boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi secara terus melalui talian 03 – 8870 6605 / 5086 / 6121, e-mel [email protected], sistem maklum balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/. – MalaysiaGazette