Anwar Ibrahim

JAKARTA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan kepada sebuah sistem kewangan serantau yang mampu menangani ketidakpastian di dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain mampu meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga Ke-26, beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil.

Anwar juga menggesa kerjasama dengan China, Jepun serta Korea Selatan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset kepelbagaian biologi dan aplikasi teknologi pertanian.

Beliau juga menyambut baik penerimagunaan Kenyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga terhadap Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik.

Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri China  Li Qiang, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir esok. Ia   sidang kemuncak pertama beliau dengan rakan dialog ASEAN, iaitu  Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast