Badan Peguam Negara
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengosongkan kerusi Parlimen Muar.

Cabaran itu dibuat selepas Presiden MUDA itu memberi ugutan untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdi.

Mohd. Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit mempersoalkan sama ada Syed Saddiq mampu mempertahankan kerusi itu tanpa sokongan Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut mempersoalkan keupayaan MUDA untuk mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa yang kini disandang Timbalan Presiden parti itu Amira Aisya Abd. Aziz.

“Jangan jadikan kes DNAA (Dibebaskan tanpa dilepaskan) Zahid ugutan agar MUDA diterima masuk PH. Tunggu penjelasan apa lagi. Rupanya MUDA juga malas baca 11 alasan Pendakwaraya.

“Daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Saddiq kosongkan kerusi. Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Confirm tidak berani. Cuma mengugut,” sindir beliau.

Mohd. Puad berkata, MUDA terlebih dahulu bertindak di luar batasan apabila meletakkan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) menentang calon Kerajaan Perpaduan.

Tindakan MUDA itu menurut Mohd. Puad, membayangkan parti itu tidak lagi bersama dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Parti MUDA tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya. Tarik sahaja sokongan kalau MUDA anak jantan tulen.

“Lagi pun MUDA secara tidak rasmi sudah keluar Kerajaan Perpaduan. MUDA tanding solo di PRN 6 negeri. Semua hilang deposit. MUDA yang langgar red line,” kata beliau.

Sebelum ini MUDA memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.

Syed Saddiq berkata keputusan tersebut menunjukkan bahawa ‘red line (batasan) terbesar’ telah dilanggar.

Katanya, walaupun hanya mempunyai satu kerusi parlimen, kerajaan boleh hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen jika MUDA berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ramai juga yang nak tengok MUDA buat demonstrasi jalanan, dah lama tak ade, last sekali zaman2 REFORBASI dulu, tapi ada penyokong ke?

    Apa2 pun jom semua orang2 muda Bangsa Johor pakat ramai2 undi calon PN Best Bersih. Peace!

  2. lagi pendapat BODOH Puad Zarkasi…
    Syed Sadiq tak perlu KOSONGKAN MP sebab ANWAR IBRAHIM dan ZAHID HAMIDI kata tunggu hingga Parliament dibubar..
    dalam Dewan Rakyat MP yang CERDIK perlu menyokong yang TERBAIK bukan menyondol sokong tak tentu fasal… MP UMNO pun dah kedengaran tidak mahu menyokong undian di Dewan jika memudaratkan.. Bangsa Johor perlu terajang Puad Zarkasi ni cepat-cepat.

Comments are closed.