Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh DAP sebagai sebuah parti hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip susulan keputusan terhadap kes melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Luahan kemarahan itu berikutan Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming mencadangkan Syed Saddiq bertemu pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan bagi menyatakan rasa tidak puas hati.

Dalam ciapannya, Syed Saddiq juga menggelar DAP sebagai ‘lapdog’ atau pengikut setia Ahmad Zahid selain menuduh Kor Ming sebagai boneka.

“DAP sudah jadi ‘lapdog‘ kepada Zahid. Hipokrit. Gila kuasa. Tiada prinsip.

“Dulu Nga Kor Ming yang tuduh Zahid korup. Dulu dia tuduh Perdana Menteri (Datuk Seri) Ismail Sabri puppet Zahid.

“Kini dia yang jadi puppet sucikan orang korup kerana jawatan menteri,” katanya di Twitter sambil berkongsi laporan media mengenai kenyataan Kor Ming.

Kor Ming dalam sidang media hari ini berkata, adalah lebih profesional untuk Ahli Parlimen Muar itu melakukan perbincangan bersemuka dengan kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Syed Saddiq yang mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan kes Ahmad Zahid.

“Syed Saddiq adalah antara ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan. Itu lebih profesional,” kata Kor Ming.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Syed Saddiq baru tahu ke kuasa pemerintahan ditangan mereka adalah lebih penting dari perkara2 pembebasan itu semua? Tak usahla lagi bercakap berkenaan reforbasi!

    Susah sangat ke nak faham?

  2. Laaa ko lagi bull dog penyamun…kes ko tak settle lg.
    .dah jgn buat2 lupa plak, kes Lim Guan Eng digugurkan masa tu kenapa ko tak letak jawatan? Manusia tak ada prinsip ko ni..jd baruah Medey Saka..sama jaa ko dgn Medey Saka dan Tommy Thomas tomato… buat2 terkejut..pooodah

Comments are closed.