Abby Abadi (kiri) dan anak, Marissa Dania Hakim.

KUALA LUMPUR – Seroang wanita mendakwa diceraikan suaminya gara-gara ‘disondol’ anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim sambil mendedahkan kedua-dua selebriti itu mengetahui bahawa kisah anak mereka akan ditularkan dalam media sosial.

Ini kerana wanita itu mendakwa, dia telah meminta keizinan terlebih dahulu daripada Abby dan Norman untuk menularkan kisah anak mereka dan telah diberikan kebenaran  untuk berbuat demikian.

Kata wanita terbabit, Abby dan Norman memberi keizinan untuk menularkan kisah anak mereka sebagai jalan terakhir untuk menghentikan perbuatannya.

“Saya sudah minta izin ya sebelum viral (tular). Laporan polis juga sudah dibuat. Dan ya, mereka (Abby dan Norman) beri ‘green light’ (keizinan).

“Memang tahu ya isu nak viralkan ini sebab tidak ada solusi (penyelesaian). Dari mereka juga keizinan viral kisah ini,” tulisnya dalam aplikasi X.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendedahkan bahawa bekas suaminya dan Marissa masih menjalinkan hubungan selepas mereka bercerai.

“Memang diceraikan sebab mereka nak bersama pun. Balik dari mahkamah masih sempat dating, celebrate (meraikan),” tambahnya.

Hari ini, kecoh apabila Marissa Dania menjadi topik trending dalam aplikasi X atau Twitter selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan.

Marissa Dania didakwa menjadi orang ketiga dan meruntuhkan rumah tangga wanita berkenaan yang mempunyai dua orang anak kecil.

Susulan tular tentang anak gadisnya, Abby Abadi tampil memberi respon dalam InstaStory dan memaklumkan dia akan memberi jawapan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette