Fadzli Mohamad kamal (tengah) besama dengan para peserta Fit Malaysia di perkarangan stadium Darul Makmur

KUANTAN – Pahang akan melancarkan Tabung Amanah Sukan pertengahan September ini, kata Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal.

Beliau berkata, tabung tersebut akan membolehkan lebih banyak program dianjurkan selain memberi peluang kepada pihak berkentingan dan swasta menyumbang ke arag pembangunan sukan.

Fadzli Mohamad Kamal

”Kita sebelum ini pihak berkenaan menyumbang nak dikecualikan cukai kena menerusi sumbangan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), baru sampai ke negeri Pahang, selepas ini boleh secara terus,” katanya selepas majlis perasmian Fit Malaysia Pahang di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.

Dtanya perancangan kerajaan negeri bagi mengajurkan program seumpama Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara, Fadzli berkata perkara tersebut masih dalam perancangan memandangkan penganjuran itu memerlukan kos yang tinggi.

”Memang cadang banyak, ada yang sesuai diajalankan dan ada penganjuran yang kerap namun bergantung pada pada bajet.

”Cadang pelakasaan program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara akan dilakukan lebih kerap, tapi buat masa ini kerajaan negeri baru luluskan tabung amanah sukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast