Mohamad Tarmizi Abd Rahman selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Walaupun hanya tiga minit perjalanan dari rumah ke pusat mengundi, Mohamad Tarmizi Abdl Rahman 45 memilih untuk datang awal bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Parlimen Pulaiu, hari ini.

Beliau berkata, ia dilakukan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menetu pada sebalah petang bagi mengelak menunggu lama jika sebahagian besar pengundi mula keluar rumah selepas tengah hari.

“Kali ini nampak meriah dan paling ramai sebab itu kami datang awal.,” katanya katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, di sini, pagi tadi.

Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan pada petang ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Seramai 206,073 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK di dua kawasan itu.

Mohamad Tarmizi berharap wakil rakyat yang dipilih dapat menyelesaikan masalah penduduk seperti membaiki jalan yang rosak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast