JOHOR BAHRU – Calon kerajaan perpaduan, Suhaizan Kayat memang kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu memperoleh 48, 283 undi bagi mengatasi pencabarnya, Zulkifli Jaafar (Perikatan Nasional) yang mendapat 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) yang memperoleh 528 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya, Miswan Yunus di di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, jam 10.09 malam.
Sebanyak 47.33 peratus daripada 165,509 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.
Sementara itu Suhaizan yang ditemui melahirkan rasa syukur apabila percubaannya bertanding buat kali ketujuh membuahkan hasil bagi membolehkan Amanah mempertahankan kerusi yang disandang Allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu pernah bertanding di DUN Pulai Sebatang, DUN Kukup, DUN Kempas dan Parlimen Simpang Renggam. – MalaysiaGazette

















Hanya 47% sahaja keluar mengundi. Mereka negeri yang maju serta kaya raya dan sangat berbangga dengan Forest City.
Tapi tak sangka pula Bangsa Johor tak suka mengundi?