YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan oleh Pelakon Tamil Popular Rajinikanth di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 11 September 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.

Menerusi perkongsian di Facebook Anwar, pertemuan dengan Rajinikanth itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak,” kata Anwar.

Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’.- BERNAMA