Pamela MCA
Pamela Yong

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Pamela Yong menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden MCA pada pemilihan parti tahun ini.

Timbalan Setiausaha Agung MCA itu berhasrat untuk membawa kepelbagaian, idea baharu dan transformasi dalam parti tersebut.

Pamela yang juga Ketua Wanita MCA Sabah juga ingin meletakkan MCA sebagai sebuah parti yang berkredibiliti dan teguh serta mengutamakan rakyat.

“MCA perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan semangat BN yang dinyalakan oleh bapa-bapa kita iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan tidak terpadam.

“Walaupun MCA terpaksa melakukannya secara bersendirian, katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pamela percaya, sekiranya dipilih sebagai Naib Presiden MCA, beliau mampu melaksanakan tiga perubahan dalam parti.

Beliau ingin menyumbang dalam usaha membina semula hubungan antara MCA dan parti-parti komponen BN yang lain.

Selain itu, Pamela berhasrat untuk menerapkan budaya kepelbagaian kaum di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

“Saya juga ingin meletakkan MCA di barisan hadapan dalam merangka dasar,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast