Bom tangan yang dijumpai di tapak pelupusan sisa pepejal di Ampang Jajar, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM – Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang memusnahkan sebutir bom tangan yang dijumpai di tapak pelupusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan api tersebut pada jam 1.30 petang daripada pekerja tapak berkenaan.

Kata beliau, siasatan polis mendapati tempat kejadian di kawasan berbukit dan berpagar.

“Objek disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya.

“Susulan itu, pihak UPB dari IPK Pulau Pinang hadir membuat pemeriksaan keselamatan sebelum melakukan proses pemusnahan bahan api itu di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast