Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori direman selepas pemeriksaan polis mendapati penumpang dalam kenderaan yang dipandunya tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh Hospital Serdang.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu itu dikesan bersama penumpangnya oleh anggota ronda MPV pada 4 September lalu, pada jam 1.41 pagi di Jalan UPM, Datuk Abu Bakar Baginda.

Susulan penemuan itu, anggota ronda MPV telah mengiringi pemandu lori ke Hospital Serdang bagi mendapatkan bantuan untuk mangsa.

Namun, lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia dan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan trauma tumpul di bahagian kepala.

“Pemandu lori, berusia 41 tahun yang juga rakan kepada mangsa ditahan sehingga 15 September ini untuk siasatan.

“Suspek adalah kawasan yang tinggal di kawasan perumahan sama,” katanya.

Menurut Wan Kamarul, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk dipertuduhan di bawah Seksyen 25 (1) n PPN 1990 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemandu lori itu akan didakwa di Makamah Majistret Sepang pada 14 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast