HANOI – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan berpuluh-puluh cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di blok pangsapuri bertingkat tinggi di ibu negara Vietnam, Hanoi.

Media kerajaan berkata, kira-kira 70 orang telah diselamatkan dari bangunan 10 tingkat itu.

Manakala 54 orang dikejarkan ke hospital.

Kebakaran yang berlaku pada waktu malam berjaya dipadamkan namun operasi menyelamat masih diteruskan.

Difahamkan kira-kira 150 orang berada dalam pangsapuri itu ketika kebakaran berlaku.

Media tempatan melaporkan, kebakaran berpunca dari tingkat letak kereta di

Sebanyak 15 jentera bomba dikejarkan di lokasi kebakaran namun mereka sukar menghampiri blok pangsapuri tersebut kerana lorong terlalu sempit.

Pihak berkuasa Hanoi percaya kebakaran itu berlaku kerana banyak pangsapuri tidak memenuhi peraturan keselamatan kebakaran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast