Akmal Muhyiddin pengampunan Najib PH
Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diingatkan bahawa hak untuk mengurniakan pengampunan diraja adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), bukannya Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, PH perlu menghormati apa sahaja keputusan YDPA terhadap permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, ia adalah sebagai mana sikap UMNO menghormati keputusan YDPA mengurniakan pengampunan diraja terhadap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

“Jangan memandai-mandai. Noktah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menegaskan, PH kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada Najib.

Bagaimanapun, beliau berkata, PH tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan tersebut.

Najib telah memfailkan petisyen pengampunan bagi sabitan kes SRC International Sdn Bhd di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. yang tidak sedar DIRI ialah GOLONGAN MUNAFIK serta yang mengaku parti AMANAH tapi KHIANAT pada janji dan REFORMATI…yang terliur dengan BATU API
    RAKYAT tidak akan lupa JANJI NO DAPIGS NO ANWAR…NO RASUAH NO ZAHID NO UMNONGOK

Comments are closed.