Jadi Menteri Kewangan II, tadbir urus kementerian sudah licin

KAJANG – “Sekarang sudah licin,” katanya Datuk Seri Ahmad Maslan namun enggan mengulas lanjut.

Timbalan Menteri Kewangan itu diminta mengulas cadangan pembangkang menamakan Ahli Parlimen Pontian itu sebagai Menteri Kewangan II manakala Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan I di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan dua nama itu bagi mengisi portfolio di Kementerian Kewangan dan berkata, langkah demikian penting bagi memperbetulkan aspek tadbir urus dan bidang kuasa antara Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi.

Cadangan itu dibuat selepas Mohd Syahir Sulaiman (PN-Bachok) dan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) membangkitkan isu pelantikan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh individu sama. – MalaysiaGazette