MOSCOW – Tiga orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di wilayah Moscow, Rusia.
Kementerian Dalam Negeri berkata, kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Krasny Kit di Mytishchi, apabila seorang individu bertelagah dengan pengawal keselamatan.
Dalam pertengkaran itu, suspek melepaskan tembakan hingga menyebabkan tiga orang cedera.
Semua pengunjung pusat beli-belah itu arah keluar sebaik sahaja pasukan polis tiba di tempat kejadian.
Suspek telah ditahan. – MalaysiaGazette
















