IPIC Najib
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam pertuduhan pecah amanah sebanyak RM6.6 bilion melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC) esok akan menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak beroleh keadilan yang sewajarnya.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, bekas Perdana Menteri itu dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mula didakwa pada 2018.

Namun, katanya, selepas lima tahun, kes tidak pernah dibicarakan setelah pendakwaan berulang kali memohon untuk ditangguhkan perbicaraan.

“Hanya selepas hampir lima tahun, perbicaraan yang sering tertangguh dan membuang masa serta wang rakyat, kebenaran semakin terserlah.

“Adakah Datuk Seri Najib akan beroleh keadilan sewajarnya esok?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, memo dalaman Pejabat Peguam Negara (AGC) yang bocor lalu mendapati tiada seorang pun daripada kesemua 138 saksi yang memberi keterangan boleh menyokong fakta kes.

Malah, pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, menurut memo tersebut, keseluruhan pasukan pendakwaan berpendapat bahawa kes IPIC tidak ada prima facie untuk dijadikan sandaran pendakwaan.

“Biarpun Najib dikatakan salah sebab membuat perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan nilai RM6.6 bilion tetapi IPIC telah membayar balik RM8.08 bilion (AS$1.8b) kepada Kerajaan Perpaduan awal tahun ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, nilai AS$1.8b itu adalah jauh di bawah nilai AS$7 bilion (RM32.7b) yang Najib tuntut daripada IPIC untuk dibayar balik kepada Malaysia sebelum 30 Disember 2020.

“Sebagaimana tertulis dalam perjanjian penyelesaian asal yang dibatal kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 – iaitu satu kerugian sebanyak AS$5.2b (RM24.3b),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast