Pekerja Arang Tradisonal, Pak Nasirudin melakukan kerja-kerja tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni selepas proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.

KOTA TINGGI – Tidak luput ditelan zaman.

Kepulan asap hitam yang tebal sedikit pun tidak mengganggu tumpuan Pak Nasirudin membakar kayu dan memasukkan arang ke dalam guni.

Beliau telah melakukan kerja itu sejak 10 tahun lalu.

“Proses pembakaran kayu mengambil masa antara satu bulan ke dua minggu untuk menjadi arang. Antara jenis kayu yang digunakan ialah kayu papan yang dikitar semula,” katanya.

Walaupun dunia kini serba moden dengan teknologi namun konsep tradisional seperti penggunaan arang masih lagi relevan.

Ia masih mendapat permintaan terutama dalam kalangan peniaga ikan bakar termasuk perusahaan sate, kata Pak Nasirudin.

Ini kerana penggunaan arang dikatakan mampu mengekalkan aroma asli dalam kedua-dua makanan itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan permintaan terhadap bahan bakar seperti arang itu tidak luput ditelan zaman memandangkan ia masih mendapat permintaan tinggi.

Nilai sentimental makanan yang dimasak menggunakan arang juga membawa nilai tambah kepada sesuatu hidangan dan ia ada peminatnya tersendiri.- MalaysiaGazette

Bahan kayu kitar semula diangkut dengan lori sebelum dibakar untuk dijadikan kayu arang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Bahan kayu kitar semula diangkut dengan lori sebelum dibakar untuk dijadikan kayu arang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Pekerja arang tradisional melakukan kerja-kerja tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni selepas proses pembakaran kayu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Pekerja Arang Tradisonal, Pak Nasirudin melakukan kerja-kerja tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni selepas proses pembakaran kayu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.

Sebahagian pekerja arang tradisional berehat menghilangkan lelah selepas proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Pekerja arang tradisional mengangkat guni yang diisi arang untuk dihantar kepada peniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Pekerja arang tradisional mengangkat guni yang diisi arang untuk dihantar kepada peniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.
Sebahagian pekerja arang tradisional berehat menghilangkan lelah selepas mengangkat guni untuk dihantar kepada peniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.