Brady anak Nanda dicari SPRM untuk pengurusan kes Mahkamah di Sarawak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki bagi pengurusan kes mahkamah.

Lelaki tersebut dikenali dengan nama Brady Anak Nanda, 36, yang beralamat terakhir di No. 35, Kampung Biawak, Lundu, Sarawak.

Menurut SPRM, individu tersebut telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Kuching Sarawak bagi tujuan sebutan kes yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah ke atas tertuduh.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Azman di talian 082-467701 atau 018-5714510 atau e mel kepada [email protected] .-MalaysiaGazette