Anthony Loke Siew Fook. Foto WAN NABIL NASIR, 14 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR –Menteri Pengangkutan, Anthony Loke belum menerima laporan berhubung dakwaan salah laku berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagus Taha.

Katanya, pasukan petugas khas itu sememangnya memerlukan pembabitan penuh JPJ yang mempunyai maklumat dan akses berkaitan dakwaan salah laku yang disiasat.
Selasa lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan untuk melakukan siasatan berkaitan isu itu sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan yang dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.

“Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk,” kata Azam. – MalaysiaGazette