Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Laporan pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina, Shah Alam baru-baru ini, boleh diakses selewatnya pagi esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthonu Loke.

Beliau berkata, laporan itu akan dimuatnaikkan dalam laman web kementerian berkenaan untuk tatapan umum lebih awal daripada jangkaannya sebelum sambutan Hari Malaysia Sabtu ini.

“Ya, orang ramai boleh mula mengakses tragedi pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu selewat-lewatnya jam 10 pagi esok iaitu dua hari lebih awal daripada jangkaan.

“Semua fakta kemalangan ada dalam laporan itu esok dan orang ramai boleh mengetahuinya berhubung punca kejadian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi tren KLAV27 di Stesen LRT Universiti di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 2.40 petang itu, polis mengesahkan 10 individu termasuk lapan dalam pesawat terbabit maut.

Pesawat ringan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor turut mengorbankan seorang anggota Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Rakaman suara 30 minit dalam komponen memory puck pesawat yang berjaya ditemui itu diekstrak di makmal di Amerika Syarikat.

Hasil daripada ekstrak itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast