menteri Israel Malaysia
Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri (KLN) sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah Timur Libya Ahad lalu.

Kejadian itu menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar yang mengorbankan lebih 8,000 nyawa manakala 10,000 lain masih hilang.

Wisma Putra dalam kenyataannya kepada media menyatakan, angka korban banjir itu dijangka terus meningkat mengambil kira usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel tersebut.

“Setakat hari ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya ini.

“Bagaimanapun, dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat,” kata kenyataan itu.

Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, rakyat Malaysia di negara itu yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia terdekat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street, Abbasiyah, Cairo, Republik Arab Mesir.

Nombor pegawai bertugas ialah (+2) 012 0027 6388, telefon +202 4858677 dan +202 4829449 atau emel [email protected].

Media antarabangsa di Tropoli melaporkan, pasukan penyelamat sedang bergelut untuk mengesan mayat penduduk yang telah dihanyutkan ke laut selepas banjir besar itu.

Sekurang-kurangnya 2,300 telah terbunuh, menurut pihak berkuasa ambulans di Derna, bandar yang paling teruk terjejas.

Dua empangan dan empat jambatan runtuh di Derna, menenggelamkan sebahagian besar bandar apabila Ribut Daniel melanda pada hari Ahad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast