NEW YORK – Baju panas milik Puteri Diana yang bercorak kambing biri-biri hitam di antara barisan kambing putih telah dijual pada harga AS$1.14 juta pada lelongan oleh Sotheby’s .
Pembidaan dibuka pada 31 Ogos lalu dan bidaan teratas kekal di bawah AS$200,000 (£161,000) sehingga minit akhir lelongan.
Sotheby’s telah menganggarkan nilai baju tersebut antara AS$50,000 hingga AS$80,000.
Namun, syarikat seni itu tidak mendedahkan identiti pembida yang menang.
Kali pertama Diana memakai baju panas itu semasa menyaksikan acara polo pada tahun 1981.
Baju yang ditemui di loteng pada bulan Mac lalu, mempunyai harga yang lebih tinggi daripada banyak objek lain yang berkaitan dengan pada “Puteri Rakyat” itu.
Kereta Diana, Ford Escort, antara aset yang dijual pada harga AS$806,000.
semula.
Reka bentuk baju panas sering digambarkan sebagai simbolik tempat Diana dalam keluarga diraja.
Tetapi ahli sejarah fesyen percaya Diana tidak menghantar mesej seumpama itu.
Sebaliknya Diana dikatakan memakai baju panas itu pada tahun 1981, sebulan sebelum perkahwinannya dengan Putera Charles, hanya sekadar mempamerkan gaya “Sloane Ranger”. – Agensi