Datuk Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) perlu menghentikan isu yang menghentam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  semata-mata mahu meraih sokongan bagi membunuh karakter pemimpin UMNO itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka yang bersikap sedemikian sebenarnya merasakan diri masing-masing suci dan maksum namun, sebenarnya juga pendosa besar.

“Jadi, saya nak tegaskan sekali lagi di sini sama ada geng dalam Kerajaan Perpaduan atau pihak lawan dalam PN, sudah-sudahlah mainkan isu kes Zahid ini untuk raih sokongan dan membunuh karakter pemimpin UMNO. Sebabnya kamu semua yang rasa diri tu suci dan maksum sebenarnya juga pendosa besar.

“Apa yang kamu semua masih kurang faham ataupun memang jenis tak reti bahasa? AGC (Pejabat Peguam Negara) dah keluarkan penjelasan dan 11 sebab kenapa mereka meminta mahkamah melepaskan tanpa bebaskan Zahid.

“Terimalah dengan hati terbuka dan biarkan SPRM teruskan siasatan untuk cari bukti-bukti baru kalau ada terkait dengan Zahid. Sabarlah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Nur Jazlan, biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan fokusnya untuk mentadbir kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12sembilan (RMK-12) daripada membuang masa untuk mempersola keputusan mahkamah.

Jika mereka cuba untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dengan taktik lama reformasi, ia tidak akan berjaya kerana UMNO mahukan Zahid memimpin sebagai presiden.

“Sepatutnya tak perlu pun nak panggil bekas AG dan AG baru untuk berikan penjelasan jika kerajaan benar-benar percaya kepada integriti sistem pendakwaan dan AGC kita.

“Tapi, kita macam nak terikut-ikut dengan game (permainan) politik parti pembangkang yang main persepsi kononnya mahkamah tak adil, pendakwa raya dikawal dan sebagainya.

“Kita sepatutnya jangan jadi selektif, bila rakan sepasukan dapat DNAA kita senyap, bila orang lain kita bising kononnya akan jejaskan imej Kerajaan Perpaduan. Padahal AGC sama dan sistem mahkamah yang sama membuat keputusan itu,” katanya.

Tambah Nur Jazlan, apa yang pelik persepsi itu ditimbulkan oleh puak-puak lebai berkopiah putih dan berserban yang hari-hari bercakap tentang hak keadilan, bertamadun, bersangka baik dan berserah kepada urusan mahkamah serta percaya ketentuan Allah.

Namun katanya, hari ini puak-puak yang kononnya mengaku ustaz dan ulama itu berterusan melemparkan pelbagai tuduhan, fitnah walaupun mahkamah yang sama adil ketika membebaskan rakan dalam parti mereka.

Disebabkan itu, ada juga rakan dalam Kerajaan Perpaduan juga terbawa-bawa dan dibuai emosi dengan naratif pembangkang.

“Kita janganlah terpengaruh dengan permainan dakyah dan persepsi daripada pihak yang berkepentingan politik atau ada agenda lain seperti Majlis Peguam.

“Mereka sendiri tak adil dan boleh pula tak profesional dalam bab perundangan serta kehakiman.

“Majlis Peguam ini memang dari dulu saya sudah cop mereka sebagai pihak yang selalu putar alam dan berbelit-belit.

“Bab kata orang kalau jumpa orang Majlis Peguam dan ular baik dikatuk mereka dulu daripada ular. Sepatutnya kita berpegang kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan oleh AGC mengenai keputusan mereka menghentikan prosiding kes ini dan hakim juga menerima kesemua alasan berkenaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hassan gesa PM beri penjelasan isu DNAA Ahmad Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. BILA DAH BUAT SALAH….MENGAKU TIDAK BERSALAH KEMUDIAN TUDING JARI PADA ORANG YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN KEMUNAFIKAN,,,,,CELAKALAH DAN BERDOSA BESAR BAGI GOLONGAN MUNAFIKUN SERTA SEKUTUNTA….

    BALASAN ALLAH MUNCUL DUNIA DAN AKHIRAT TUNGGULAH KAMU

Comments are closed.