Mazlan Ali

KUALA LUMPUR – Pembentukan satu kumpulan negeri (S4) yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat seperti mahu memusuhi Kerajaan Persekutuan.

Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Mazlan Ali berkata, dengan memilih bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat, ia akan membawa mesej tidak baik antara negeri-negeri pembangkang dan kerajaan.

“Dia (Mahathir) agak vokal terhadap kerajaan, tapi kenapa ambil Mahathir, banyak lagi tokoh lain berpengalaman contoh seperti Ku Li (Tengku Razaleigh), tokoh korporat yang cemerlang, tokoh lain yang tidak kontroversi atau bentuk satu kumpulan penasihat terdiri pakar, itu lebih baik.

“Tun Mahathir sekarang menyerang kerajaan hari-hari, jadi dia bawa mesej yang tidak baik, macam satu pakatan menentang kerajaan persekutuan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mazlan berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk satu kumpulan negeri yang ditadbir oleh PN dengan Dr Mahathir sebagai ‘penasihat tidak rasminya.’

Beliau berkata, Menteri Besar empat negeri berkenaan akan mengadakan perbincangan untuk pembentukan kumpulan itu.

Jelas Mazlan, konsep kepada penubuhan S4 tidak mendatangkan masalah kerana negeri-negeri tersebut terkebelakang dari segi ekonomi dan pendapatan negeri.

Namun perkara itu akan menimbulkan masalah kerana ia akan dianggap anti Kerajaan Persekutuan.

“Itu tidak bagus, contohnya nak sambut Hari Kebangsaan baru-baru ini ada tema sendiri, itu tidak bolehlah kerana perkara itu akan babitkan integrasi dan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Bila berbuat demikian, kelak akan bertambah buruk sebab negeri-negeri ini bukan hanya dibantu oleh persekutan bukan berdasarkan rizab yang wajib sahaja kadang-kadang ada keperluan lain contohnya tidak cukup kecairan untuk bayar gaji kakitangan awam, hasil negeri kurang jadi kena pinjam dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau bentuk blok yang nampak macam memusuhi persekutuan tak mesra Kerajaan Persekutuan, susah lah kalau esok nak minta bantuan dengan Persekutuan.” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Diharap SG4 terus maju jaya, dapat generate pelaburan baharu sendiri dan punyai model pembangunan ekonomi yang tersendiri.

    Kemudian luaskan lagi pemerintahan menjadi SG5, SG6 dsb.

  2. Dari segi perlembagaan boleh bentuk, kenapa kerajaan persekutuan takut, sekarang pun 4 negeri dianaktirikan.

Comments are closed.