Saban menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan Perayaan Kuih Bulan, ‘Kwai Chai Hong’ dalam bahasa Kantonis yang bermaksud ‘Lorong Hantu Kecil’ pasti meriah, dihiasi dengan pelbagai tarikan.
Berkunjung ke Lorong Panggung dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur itu pasti membuatkan anda terpukau melihat suasana retro seperti kembali ke zaman 1960-an, dengan barisan mural di dinding batu konkrit diserikan dengan jambatan kayu, menggambarkan kehidupan zaman itu.