Datuk Hakimah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR – Program Muslimah Putrajaya Berselawat pada 24 September ini adalah anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya.

Sehubungan itu, jika ada penceramah yang dijemput kemudian dibatalkan penglibatannya adalah hak penganjur.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, respons kepada kenyataan pendakwah, Datuk Dr. Norhafizah Musa yang namanya digugurkan daripada program itu, tidak berbangkit.

“Jakim merujuk isu pengguguran nama penceramah dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang tular.

“Susulan terdapat aduan oleh pihak yang mempertikaikan penglibatan Datuk Dr. Norhafizah Musa dalam program tersebut, pihak MTMZA selaku rakan kerjasama program telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program.

“Mereka mencapai kesepakatan dan dipersetujui supaya langkah-langkah bagi mengelakkan isu berbangkit timbul, maka nama Datuk Dr. Norhafizah Musa telah digantikan dengan tokoh lain.

“Semoga isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Dr. Norhafizah yang mendakwa namanya digugurkan dari program Muslimah Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW yang akan berlangsung di Putrajaya Ahad ini.

Beliau mendakwa pengguguran itu atas arahan pihak atasan dan pada masa sama berharap ketiadaannya pada program itu tidak menjadi persoalan kepada pengunjung yang sudah membeli tiket.

“Makluman. Ustazah digugurkan atas arahan pihak atasan dari menyampaikan kuliah di program mengajak Muslimah Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW ini.

“Jadi, harap tidak timbul nanti, kenapa dah bayar tiket, tengok2 @ustazahnorhafizahmusa takde. Bagi ustazah, ada yg lebih atas dari segala yg atas. Dah banyak kali berlaku, ustazah diamkan saja sebab sangat yakin: panahan doa lebih tajam dan tak pernah salah a

Saya digugurkan atas arahan pihak atasan – Ustaz Norhafizah

lamat,” tulis beliau menerusi hantaran Facebooknya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kena lah percaya dan yakin, segala rezeki, ajal maut, jodoh semua nya hak ALLAH SWT. Jgn jadi manusia tidak bersyukur dan kufur nikmat.

Comments are closed.