kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya dilantik menjadi penasihat kepada empat negeri di bawah pentadbiran Pas.

Menurut beliau, Dr Mahathir adalah pengacau kepada kestabilan.

“Dia ada agenda sendiri,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang semalam yang mempertikaikan tindakan Pas melantik Dr Mahathir sebagai penasihat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kit Siang membangkitkan tulisan Dr Mahathir dalam bukunya yang mendakwa, Pas telah menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu ekoran Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO.

Pada masa yang sama, Mohd Puad mengingatkan Kit Siang bahawa Dr Mahathir dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bergabung untuk ‘Selamatkan Malaysia’ namun kedua-dua pemimpin itu kini tidak lagi relevan.

Beliau juga berharap agar Kit Siang jangan jadi pengacau dan membiarkan DAP berjalan sendiri di bawah Setiausaha Agungnya, Anthony Loke. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.