Bpmba melakukan kerja-kerja membersihkan pokok susulan kejadian pokok tumbang. - Foto Ihsan JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Dua buah kenderaan dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, di sini, pada petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nazri Musa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang.

“Setiba di lokasi didapati sebatang pokok telah menghempap dua buah kenderaan iaitu Proton Preve dan Mazda.

“Mangsa lelaki tempatan yang masing-masing berusia 20 tahun dan 32 tahun telah dikeluarkan orang awam dengan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara kenderaan dihempap sebatang pokok yang tumbang, petang tadi. – Foto Ihsan JBPM Selangor

Tambah beliau, kerja-kerja membersihkan pokok telah dilakukan oleh pihak bomba.

Terdahulu, seramai lima anggota bersama satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast