‘Terowong Kampung Gedung Siam 3’ Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 1.32 km telah berjaya ditembusi mengikut jadual yang telah ditetapkan, menjadikan ia sebagai terowong ke-24 bagi Projek ECRL yang berjaya melengkapkan proses pengorekan terowong setakat )gos lalu.

KUALA LUMPUR – Setakat bulan Ogos 2034, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah separuh siap.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkat,a projek itu kini sedang memasuki kerja-kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk, pembinaan stesen dan pemasangan landasan.

“Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan di sepanjang jajaran ECRL.

“Kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) untuk terowong Genting pertama telah mencapai 3.10km manakala terowong Genting kedua telah mencapai 4.29km.

“Jumlah panjang bagi setiap terowong Genting ialah 16.39km dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL,” katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada Pembentangan dan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 SEPTEMBER 2023.

Anthnony Loke berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melibatkan kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Anthony berkata, sebanyak 25 terowong telah berjaya ditembusi setakat 25 Ogos lalu  termasuk 21 terowong di Seksyen A dan Seksyen B manakala baki 4 terowong adalah di bawah Seksyen C.

“Oleh itu, tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026.

“Manakala dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang di negeri Selangor dijangkakan akan siap pada 31 Disember 2027,” katanya lagi.

Dalam pada itu, jajaran ECRL tidak akan dikembalikan jajaran asalkan ke Tumpat sebaliknya skim ini akan dibina mengikut jajaran yang telah diluluskan.

“Sekiranya ingin dikembalikan ke jajaran asal, akan mengakibatkan impak yang tinggi kepada kewangan kerajaan,” jelas beliau lagi. – MalaysiaGazette