KUALA LUMPUR – Penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Awnar Ibrahim mengenai kenyataan beliau sekiranya menjawat jawatan tertinggi negara, harga petrol akan diturunkan sebanyak RM1.50 seliter menimbulkan pertikaman lidah antara kerajaan dan pembangkang.
Anwar berkata, kenyataan beliau bahawa harga petrol akan diturunkan RM1.50 seliter telah dipersetujui oleh gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat pada 2008.
“Bila saya sebut perkara itu, PKR, DAP dan Pas bersama. Apa yang saya sebutkan itu dipesetujui oleh PKR, DAP dan Pas,” kata Anwar ketika menggulungkan sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melibatkan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.
Bingkas bangun Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) dengna berkata, Pas ketika itu tidak mempersetujui perkara yang dilaungkan Anwar pada ketika itu.
“Saya bersama masa itu, dan saya nak beritahu Pas tidak pernah bersetuju dengan perkara itu,” jelas Tuan Ibrahim.
Datuk Seri Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) kemudiannya bangun memperbetulkan bahawa Pas ketika itu bersetuju dengan kenyataan Anwar.
“Saya setuju, masa itu Tuan Ibrahim masih junior. Dia belum lagi pimpinan. Masa itu saya pimpinan dan saya mengalahkan dia masa pemilihan. Dia hanya terlibat masa Forum Perdana sahaja,” kata Mohamad.
Anwar dalam pada itu berkata, Tuan Ibrahim ketika itu tidak bersama pucuk pimpinan Pas dan ianya adalah persetujuan bersama PKR, DAP dan Pas ketika itu.
“(Ahli Parlimen) Kubang Kerian masa itu belum lagi pimpinan dan kemudian kata tidak setuju. Kenyataan itu bukan kenyataan bersama, itu saya nak jelaskan.
“Masa itu Menteri Pertanian Timbalan Presiden Pas. Dia ada dalam mesyuarat dan diperakui oleh pimpinan Pas,” kata Anwar.
Pada 2008, Anwar berjanji kepada orang ramai bahawa gabungan parti pembangkang yang dipimpinnya ketika itu akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja mendapat mandat untuk mentadbir negara. – MalaysiaGazette
Asal buka mulut je kelentong, itu je la makanan rakyat buat sekian lama.
Ramai yang dah jemu dan termuntah!
kalau begitu macam mana kita cari pemerintah bukan cara parti sekarang . kita ubah cara ubah perlembagaan . kita jemput bijak pandai untok cari solusi yang sesuai