KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti menjadi jurucakap Peguam Negara yang melepas tanpa membebaskan (DNAA), Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
PM cukuplah jadi jurucakap Peguam Negara – Pejuang
“Saya lihat sejak kebelakangan ini PM terlalu sibuk untuk menyatakan kenapa tak diteruskan atau tarik balik kes terhadap Zahid (Presiden UMNO). Cukuplah, baik jadi PM,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.
Tambah beliau, hanya Peguam Negara sahaja yang boleh memastikan sama ada seseorang itu boleh didakwa, dituduh dan menarik balik prosiding.
Terdahulu, Muhammad Rafique hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam keterangan membantu siasatan polis dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang berlangsung pada 16 September lalu. – MalaysiaGazette