Allaudeen Abdul Majid.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur hari ini menerima laporan ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, bertindak atas laporan yang diterima pada jam 3 petang, sepasukan polis bersama Unit Pemusnah Bom telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan unit pemusnah bom di lokasi berkenaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial tentang ancaman bom di bangunan BNM dan kakitangan bank pusat itu diminta bekerja dari rumah susulan penutupan sementara bangunan tersebut. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bercerita berkenaan ancaman bom ini ramai yang nak tahu apa motif orang yang meletak bom dibawah kereta seorang peguam terhebat seMalaya yang dikatakan pernah bertanding untuk menjadi wakil rakyat dalam PRU lalu.

    Saja je nak tahu memandangkan ianya ancaman serius?

Comments are closed.