Najib Razak
Najib Razak ketika menyampaikan BR1M kepada seorang penerima pada Majlis Pelancaran BR1M 2018 Peringkat Kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pada 25 Februari 2018.

DASAR ekonomi yang dilaksanakan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dahulu, atau lebih popular dengan istilah Najibnomics terbukti berkesan dalam memelihara kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar.

Sepanjang tempoh pentadbirannya mulai April 2009 hingga Mei 2018, Najib tidak hanya memberi tumpuan terhadap projek-projek mega sahaja.

Beliau telah memperkenalkan banyak inisiatif yang disasarkan untuk golongan B40 seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), Klinik 1Malaysia (K1M), Pusat Internet 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Malah keberkesanan inisiatif-inisiatif berteraskan kebajikan rakyat tersebut seolah-olah diperakui oleh empat pentadbiran selepas era Najib apabila banyak yang diteruskan pelaksanaannya sehingga kini.

Konsep BR1M yang dahulu pernah diperlekehkan sebagai ‘dedak’ masih kekal bertahan walaupun telah dijenamakan semula sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Begitu juga dengan K1M yang kini dikenali sebagai Klinik Komuniti selain Pusat Internet 1Malaysia yang diubah nama menjadi Pusat Internet Komuniti serta Menu Rakyat 1Malaysia yang ditukar menjadi Menu Rahmah.

Baru-baru ini, timbul ura-ura berhubung kemungkinan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan semasa era Najib akan dilaksanakan semula.

GST yang berkesan bagi menangani ketirisan dalam sistem percukaian negara khususnya yang melibatkan sektor perniagaan telah dimansuhkan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Melalui sistem percukaian yang lebih telus dan cekap itu, kerajaan berjaya mengutip hasil GST sebanyak RM27.1 bilion pada 2015 diikuti RM41.2 bilion pada 2016 dan RM44 bilion pada 2017.

Peningkatan hasil yang diperoleh kerajaan seterusnya disalurkan semula kepada rakyat memerlukan melalui pelbagai insentif di bawah jenama 1Malaysia.

Dasar Najibnomics juga berjaya memastikan bekalan makanan terutamanya beras sentiasa terjamin dan dijual pada harga yang mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah.

Melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan Jimat Belanja Rakyat (JBR) yang diilhamkan Najib, rakyat dapat membeli sekampit beras super 10 kilogram pada harga RM10 sahaja.

Selain itu, ayam dijual pada harga RM5 seekor, daging lembu segar RM15 sekilogram manakala 30 biji telur dan sepeket Milo 400 gram masing-masing berharga RM5.

Selepas lebih lima tahun Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, harga makanan dan barangan keperluan asas yang lain melambung tinggi malah negara pernah berdepan krisis kekurangan bekalan telur, beras dan gula.

Tidak dinafikan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempunyai formula tersendiri bagi merangka dasar ekonomi negara dan menangani krisis yang amat menghimpit rakyat ketika ini.

Namun, setakat ini, keberkesanan formula Rafizi bagi meredakan keluh-kesah rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan serta krisis bekalan bahan makanan masih belum dapat dilihat.

Tidak salah jika Kerajaan Perpaduan mengadaptasi dasar ‘Najibnomics’ untuk mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi yang sedang dihadapi.

Lebih baik lagi jika Najib diberi peranan selaku penasihat ekonomi kerajaan setelah beliau dibebaskan daripada penjara kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. memang berkesan lah dana besar untok dibahagi pada sebahagian kecil . puak kroni kaum keluarga orang dekat mewah weh aku orang jauh dikaki langit nun dengar cerita je lah . tapi kalau aku boleh join kroni aku pun dapat . memang tidak dinafikan .tapi akibat nuya lihat lah apa jadi sekarang . itu belum satu abad akan datang . 222 mp siapa sebenar bela rakyat ???? . pn ke yang sibuk nak bela nasib Melayu dan Islam . bila sebut mansuh pencen hanya 1/222 yang berani bersuara mansuh pencen . begitu ke cara bela rakyat dapat pencen puluh2 ribu sebulan harga barang naik duit jatuh

  2. Dasar ekonomi Najib terbukti berjaya membantu golongan B40 terutamanya, jauh lebih baik dari formula2 raja formula. Semuanya kelaut!

    Rakyat jauh lebih menderita sekarang, harga beras naik mencanak, harga barangan asas juga naik mencanak, jumlah penagih dadah naik 27%, gaji tak naik2, yuran2 pengajian universiti naik mencanak, sewa rumah turut naik dsb.

    Sudah hampir satu tahun mereka hanya terus mengkaji, kaji dan mengkaji, NATO kata Saddeq.

    Keadaan dijangka akan memasuki fasa KRISIS tidak lama lagi. Jom lebih berhati2 wahai rakyat, peace!

Comments are closed.