KUALA LUMPUR – Laporan polis akan dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin ke atas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Mohd Jidin yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat.
Katanya, beliau akan meneliti hansard Dewan Rakyat terlebih dahulu dan jika benar kenyataan itu direkodkan, pihaknya akan meminta polis menyiasat ahli Parlimen berkenaan.
“Netizen sudah kecoh di media sosial dengan kata-kata Ahli Parlimen Putrajaya sebagai tuduhan ke atas Perdana Menteri sebagai peliwat.
“Saya minta jawapan, apakah benar Putrajaya perlu jawab perkara ini dan kita akan tengok hansard Dewan Rakyat.
“Kalau tidak, kita akan buat laporan polis di seluruh negara untuk menunjukkan bagaimana jahatnya sikap dan tembelang Radzi,” katanya.
Sementara itu, beliau meminta Radzi jangan koyak kerana dalam perbahasan semalam, perkara dibangkitkan Perdana Menteri adalah mengenai pentadbiran lalu di mana Ahli Parlimen Putrajaya sebahagian daripadanya.
Katanya, perkara yang dibangkitkan Anwar berkaitan mengenai DNAA dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Putrajaya sepatutnya baca peraturan mesyuarat dan Speaker Dewan Rakyat untuk mengeluarkan petua atau pun keputusan dengan bertanya kepada Anwar bagi menjelaskan apa sebenarnya yang diperkatakan.
“Maknanya, sesuatu isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen khususnya dalam Peraturan 36(6) iaitu sangkaan jahat, maka speaker perlu bertanya semula kepada seseorang ahli yang membangkitkan perkara itu.
“Dalam konteks ini, speaker kena tanya Perdana Menteri dan beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa dia merujuk kepada pentadbiran di mana Ahli Parlimen Putrajaya menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran yang lalu,” katanya.
Ujar Shamsul lagi, selepas mendengar penjelasan, Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan.
“Keputusannya tidak ada isu dan telah pun dijelaskan oleh speaker. Jika jawapan itu tidak memuaskan hati Putrajaya, peruntukan Perkara 99 Peraturan Mesyuarat menjelaskan bahawa Radzi boleh membuat usul kepada speaker.
“Perkaranya mudah sahaja tetapi Ahli Parlimen Putrajaya sengaja hendak menegakkan benang yang basah,” katanya. – MalaysiaGazette
Bukan ke bende ini dah dibuktikan dimahkamah persekutuan? Disahkan oleh doktor pakar, ahli kimia dan pakar DNA? Hakim pun dah jatuh hukum?
Minta ketua hakim buat pencerahan.
Kalau tak buat, mungkin ramai yang tidak lagi yakin dengan mahkamah Malaysia?
asas tajuk nya lain tapi yang diheboh nya lain . tujuan nya untok menutup tembelang lama. bawa lari tajuk untok pindah perbincangan itu tandanya kesah lama itu adalah benar . cuba perhatikan . bila Anwar cakap kamu juga buat . terus disekat . hingga benget telinga tarik balik tarik balik tarik balik tarik balik tarik balik tarik balik. apa ni . ????? kenapa tak nak dengar dulu kalau betul berani dan beradab . tapi sebenar nya kesah lama ingin tutup biar rakyat tak tahu . buka je kesah orang baru walau pun fitnah . kalau bijak menguruskan fitnah dia akan nampak seperti benar .
Bagus Radzi ni, selalu berkata benar, bercakap berdasarkan fakta dimahkamah.
Kalau tak betul minta ketua hakim jelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan?
Ramai yang nak tahu.
tu BKN tuduhan kpda pmx .tu kenyataan yg betul berlaku di mna pmx MMG peliwat
Pergi lah hari2 buat report polis, berjuta2 report pun tidak mengapa?
Macam la polis ni takde kerja lain, asik mahu siasat musuh politik anda sahaja? Sementara berkuasa eloklah gunakan tools ini sepenuhnya, mana boleh tunggang tunggang la seboleh mungkin?
Rakyat marhaen tak pernah gentar!