KUALA LUMPUR – Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan mempunyai banyak potensi ekonomi yang boleh diteroka dan dibangunkan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Negeri cuma perlu tahu bagaimana hendak melaksanakan sesuatu idea bagi memajukannya.
“Ini termasuk sokongan jentera pentadbiran, amalan kerja “good administration”, elak rasuah dalam urusan Kerajaan, elak ganggu pelabur apabila mereka sudah yakin melabur di negeri. Ini semua akan bantu makmurkan negeri keseluruhannya,” kata Mahathir.
Bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas atau ‘State-Goverment 4’ (SG4).
Mahathir berkata, Kedah misalnya mempunyai tarikan pelancongan antaranya Gunung Jerai dan beliau yakin kawasan itu boleh menjadi tumpuan rekreasi berbasikal bagi mereka yang mahu nikmati kehijauan gunung tersebut.
Beliau turut mencadangkan Kerajaan Negeri supaya mengadakan acara berbasikal antarabangsa di kawasan tersebut.
“Sebenarnya selain Langkawi, baru-baru ini setelah 40 tahun lebih saya naik ke Gunung Jerai.
“Saya dapati inipun salah satu tarikan yang terdapat di negeri Kedah. Pemandangannya cukup cantik dan udaranya nyaman. Berbeza di Cameron dan Genting Highland, di puncak Gunung Jerai ini boleh nampak sesaujana mata memandang.
“Dari sebelah kanan boleh nampak sawah padi, sebelah kiri boleh lihat lautan. Malahan di situ ada pokok-pokok dan hijauan yang mendamaikan, selain nilai sejarah di situ. Saya cadang adakan acara kayuh basikal peringkat antarabangsa dari kaki bukit ke puncak gunung,” katanya.
Idea itu dikemukakan Mahathir ketika bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Mentaloon, Alor Setar semalam.
Beliau turut mengemukakan kepada pentabiran negeri supaya membangunkan tanah yang cukup luas di Kedah.
“Tanah ini tidak semestinya perlu dijual. Tanah adalah aset negeri yang boleh dijadikan modal. Jika jual tanah, negeri akan rugi kerana nilai tanah biasanya meningkat.
“Pembangunan atas tanah akan sediakan peluang pekerjaan dan sumbang pada kitaran ekonomi penduduk,” katanya.
Mahathir memberi contoh bagaimana Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu hanya sebuah bandar yang mempunyai bangunan rendah dan ekonomi yang perlahan.
Punca terhadap situasi itu antaranya kerana permohonan dan kelulusan kepada pelabur mengambil masa yang lama dan tidak cekap termasuk berhadapan dengan karenah birokrasi.
Bagaimanapun selepas Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur bertukar wajah kerana beliau buat banyak kelulusan.
“Jadi sebagai Perdana Menteri ketika itu, saya beritahu kepadanya proses kelulusan tidak perlu lebih dari seminggu, saya sendiri hendak lihat apa sebab jika sesuatu kelulusan itu ditolak.
“Pelabur sudah berminat, tidak patut lengahkan proses sekiranya syarat sudahpun dipenuhi, kalau tidak mereka akan lari ke tempat lain, negara akan rugi.
“Sejak itu Kuala Lumpur dipenuhi dengan kren-kren dan pesat hingga sekarang sama seperti bandar di negara lain. Dan Kuala Lumpur telah sediakan banyak peluang pekerjaan dan ekonominya meningkat tidak seperti dahulu lagi,” kata Mahathir.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini mengumumkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk ‘kumpulan empat negeri’ dengan Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi. – MalaysiaGazette
Jom semua rakyat dan kakitangan kerajaan yang sayangkan SG4, sama2 kita lontarkan idea bagaimana untuk majukan negeri2 yang penuh barokah ini.
Sambil2 itu sama2 berdoa supaya SG4 berkembang kepada SG13 suatu hari nanti, balik asal negeri2 Melayu Sabah dan Sarawak.
Peace!
byak bekerja dn berfikir UTK meningkatkan ekonomi rakyat. Drp byk bercakap dn komen tentang kerajaan persekutuan. kurangkan politik fitnah serta msuk bakul angkat sdri tp tjukan bukti apa yg telah kita laksana UTK rakyat.
Sama sama kita doakan SG4 selamat masuk ke perangkap Sang Saka Tua yang penuh dengan tipu daya dan muslihat. Rakyat SG 4 perlu sedar sekarang dari terkena sihir. Jika sayangkan negeri tercinta kita perlu bangun dan menghalau dari atok kebayan. Ini dan jangan di perbodohkan oleh prnyamjn tarbus.