JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menafikan dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) menerima suapan berupa wang ketika bertugas pada September lalu, seperti yang tular di laman media sosial.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima dua laporan daripada pemilik kilang dan dia anggota terbabit mengenai kejadian itu.

“Kita dah buka kertas siasatan tentang perkara itu. Siasatan awal dibuat mendapati pemilik kilang tersebut bukan menyerahkan wang, sebaliknya minuman berbentuk air kotak,” katanya selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Semalam tular di laman media sosial rakaman seorang lelaki memberikan sesuatu kepada anggota polis yang duduk dalam kenderaan peronda di sebuah kawasan perindustrian Kulai, dekat sini.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, siasatan turut dilakukan ke atas rakaman video itu bahasa Mandarin.

“Dalam rakaman itu, pemilik kilang ada bercakap dengan adiknya dalam Bahasa Mandarin mengatakan jangan bagi duit kepada mereka, kalau bagi duit dia akan datang lagi,” ujarnya.

Tambah beliau, rakaman itu terputus selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast