KUANTAN – Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang melibatkan timbalan menteri berkenaan, Fuziah Salleh.
Laporan itu dibuat menerusi Pegawai Khas Fuziah Aidil Haryman Mat Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.
Menerusi laporan itu, Aidil Haryman memaklumkan tindakan itu bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang catatan mereka dilihat berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai video lampau, yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa.
“Saya merasakan bahawa perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan spekulasi serta menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang menteri kabinet Malaysia, selain meremehkan usaha beliau sebagai seorang Timbalan Menteri.
“Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau,” katanya.
Aidil Haryman berkata tujuan asal video tersebut dibuat sebelum ini, untuk menunjukkan perbandingan harga Jualan Rahmah Bergerak, dengan harga yang diperolehi dari sebuah pasar raya tempatan di Pulau Langkawi, Kedah dan bukannya barang keperluan satu keluarga untuk sebulan.
Namun, video itu telah disunting oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan oleh individu yang dipercayai dengan niat menghina dan mendatangkan kemarahan rakyat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Semalam, Fuziah dilaporkan berkata video yang melibatkan dirinya itu telah diambil di luar konteks dan ia merupakan rakaman lama yang dibuat beberapa bulan lepas.
Video berkenaan memaparkan beliau membayar beberapa barangan berjumlah RM136.30 dan berpuas hati kerana dapat membelinya pada harga bawah RM200.- BERNAMA
Sikit2 lapur polis, sikit2 lapur polis, ramai yang sudah penat dan nak termuntah melihat video2 tik tok menteri2 sembab?
Janganlah jadikan polis sebagai tools untuk menyiasat perkara2 murahan sedemikian?
Tak mahu dikritik tak usah buat video, carilah publisiti cara lain. Jangan lah pula dihina komen2 natizen yang sangat kreatif, inovatif dan logic. Jangan menyekat kreativiti anak2 muda dalam berkarya dan mengkritik?
Agaknya majoriti rakyat, ramai yang tak kenal dengan menteri ni, jaga kementerian mana, apa fungsi dan tugasnya?
Nak popular buat lapuran polis, cari publisiti murahan?
Lantak la kome?
Larat ke hari2 mahu makan sardin sardin maggi maggi maggi ayam? Sardin maggi bukannya bergizi sangat kurang berkhasiat takut2 nanti bila lama sangat makan bende ni muka boleh jadi sembab serupa itu orang monapause?
Kata doktor diet yang baik mesti ada sayur2an, buah2an, buah cempedak, ikan segar, daging segar, ketam, sotong, ikan tenggiri, merah, bawal besar, sekali sekala guna minyak zaitun, makan madu, minum susu sebagaimana disarankan oleh piramid makanan.
Apa2 pun seronok tengok komen2 natizen dalam youtube yang sangat kritis, membina, logic, kreatif dan kadang kala sangat menghiburkan.
Peace!