Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengislamkan seorang saudara baharu ketika lawatan kerja di New York, Amerika Syarikat.

Anwar melaksanakan tanggungjawab itu di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY) semalam.

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” kata Anwar dalam kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan khutbah Jumaat.- Foto FB Anwar Ibrahim

Pardana Menteri sebelum itu diberikan penghormatan oleh komuniti Islam di New York untuk menyampaikan khutbah Jumaat di pusat kebudayaan Islam tersebut.

Dalam khutbahnya, Anwar menyeru umat Islam untuk mengukuhkan perpaduan serta tonjolkan hikmah mengenai Islam.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan.

Anwar turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mebolehkan rakyat pelbagai budaya hidup rukun damai dan harmoni.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjelaskan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan di Malaysia serta menyentuh ancaman Islamofobia di seluruh dunia yang memerlukan kesepakatan umat untuk menoktahkannya,” katanya.

Anwar turut menyampaikan sumbangan naskah al-Quran kepada pihak ICCNY untuk kegunaan komuniti Islam di sana.

Perdana Menteri berada di New York untuk menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Ia dalah penampilan sulung Anwar di UNGA sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perhimpunan Agung PBB atau United Nations General Assembly (UNGA) adalah mesyuarat tahunan PBB yang dianggotai 193 negara dan dua negara pemerhati.

Sementara itu, pengislaman ke atas Andrew Vinals adalah kali kedua dilakukan oleh Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Sebelum ini Anwar mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor pada Ogos lepas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Salam reforMATI,
    Takde apa nak heran eh, kat NY kat England, kat Europe hari2 berlambak orang kapir masuk Islam, takde siapa nak heran. Tak percaya tanya Dr Zakir Naik.

    Tak perlu pun hebahan belebihan untuk cari publisiti.

    Peace.

  2. Salam reforMATI,
    Bilamana pejabat dajjal di NY sana arahkan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur, agen2 mereka tanpa berlengah segera patuh dan menggubalnya sehingga menjadi undang2.

    Siapakah ketua agen dan pasukannya disini? Allah SWT menghalalkan perkahwinan tersebut tetapi agen mereka mengharamkannya. Siap siagalah menunggu hukuman Allah SWT.

    Peace.

Comments are closed.