Huzalizan Misron

JOHOR BAHRU – Dakwaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang mendakwa bekalan makanan di Pasir Gudang terputus tidak sepatutnya berlaku.

Penduduk Pasir Gudang, Huzalizan Misron,50, menyifatkan kenyataan pemimpin kawasan itu menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“Berkaitan beliau menyatakan yang putus bekalan di kawasan Pasir Gudang saya rasa kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh wakil rakyat, sebenarnya kita tidak putus bekalan kerana saya sebagai peniaga bekalan tidak pernah putus, ada.

“Cuma berkurangan jadi kita kena ada insiatif macam mana nak cari kena pergi banyak tempat. Kalau di Aeon peratus orang Melayu yang membeli barang keperluan di sana agak rendah berbanding bangsa lain jadi tak sepatutnya seorang wakil rakyat yang sudah banyak pengalaman menegluarkan kenyataan membuatkan penduduk Pasir Gudang panik.

“Bila panik memang bekalan akan putus,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Pasar Tani Permas Jaya, di sini, hari ini.

Semalam, Hassan Karim mendakwa kawasannya terputus bekalan makanan asas seperti beras, telur, gula dan minyak masak.

Beliau berkata, rakyat berang berikutan ketiadaan bekalan makanan asas terbabit.

“Beras tempatan tak ada. Minyak masa tak ada gula pasir tak ada. Telur ayam tak ada. Mohon KPDN tolong rakyat kami di Pasir Gudang,” kata Hassan dalam kenyataan.

Zainab Reduan, 56, menyangkal bekalan makanan di Pasir Gudang terputus, sebaliknya ia berkurangan.

Zainab Reduan, Penduduk Pasir Gudang

Katanya, Hassan perlu lmenjadi pemimpin bijak dan peka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan lebih-lebi lagi membabitkan emosi rakyat kerana nekalan makanan masih terkawal.

“Sebenarnya pada bekalan tak putus. Cuma tidak mencukupi. Contoh kakak ambil telur walaupun banyak datang dia akan beri sama rata. Sana beri sikit, sini beri sikit tetapi tidak banyaklah tiga hari boleh tahan. Boleh cari tempat lain. Banyak kawasan sebenarnya.

“Melampaulah, dia tidak terputus sebenarnya, Bekalan makanan tidak terputus. Dia hanya berkurangan sebenarnya,” katanya.

Bagi Yaacob Jahit, 67, berkata, beliau terkejut dengan kenyataan bekalan makanan di Pasir Gudang terputus kerana membayangkan makanan di negara ini telah kehabisan.

Yaccob Jahit

Menurut beliau, kenyataan itu tidak seharusnya berlaku dalam keadaan kekurangan sebahagian bekalan barang keperluan asas.

“Kalau terputus semua orang tak makan. Kita akan soal jawab dengan Datuk Karim bagaimana perkara ini. Tak kan satu kawasan  Pasir Gudang, Permas Jaya, Plentong semua sekali  tiada beras, tiada gula apa kita nak makan,” katanya. – MalaysiaGazette