Musa Hassan
Musa Hassan bersama Qistina Lim dalam majlis perkahwinan mereka. - Gambar: Facebook Izzat Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipercayai telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Berita gembira itu dikongsi oleh pendakwah terkenal, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar melalui rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya, malam tadi.

“Majlis perkahwinan Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Musa Hassan
Musa Hassan memimpin tangan Qistina Lim memasuki dewan di mana majlis perkahwinan mereka berlangsung. – Gambar: Facebook Izzat Hassan

Selain itu, seorang individu dipercayai adik Musa iaitu Mohammad Izzat Hassan turut berkongsi gambar-gambar majlis perkahwinan tersebut dalam laman Facebook miliknya.

Beliau turut bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai berkenaan.

“Anda sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang saya. Selamat datang kak long Puan Sri Qistina ke dalam keluarga kami.

“Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah. Amin ya rabbal alamin,” katanya.

Berdasarkan maklumat pada hantaran tersebut, majlis perkahwinan Musa dan Qistina dipercayai berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi.

Sebelum ini, Musa berpisah dengan bekas isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast