Amizar Abu Adam menunjukkan Sekolah Tabika Felda Chemomoi yang merupakan tempat pertama beliau mendapat pendidikan awal

BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, bertekad untuk meningkatkan meningkatkan taraf kehidupan golongan belia Felda di kawasan tersebut dalam pelbagai aspek.

Beliau akan memberi tumpuan dalam ekonomi dan modal insan kepada golongan itu sekiranya di beri mendat menjadi wakil rakyat Pelangai pada 7 Oktober ini.

“Memang hasrat saya dan bersama Kami Anak Felda (KAF), Majlis Belia Felda ingin membantu generasi anak Felda dengan mensasarkan anak muda belia mendapat tempat di kampung sendiri.

“Hampir 40 peratus generasi kedua dan golongan muda dari masyarakat Felda. Apa yang saya nak panjangkan yang ini ingin saya perjuangkan untuk generasi anak Felda,” katanya

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas bersarapan pagi bersama penduduk tempatan dan melawat Tabika Kemas Felda Chemomoi, dekat sini, hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Menurut Amizar, sebagai anak peneroka tempatan, beliau berhasrat untuk memajukan kawasan Pelangai setara dengan tempat lain.

Sementara itu, beliau memberitahu, Tabika Felda Chemomoi merupakan sekolah pertamanya.

“Sejak zaman dulu lagi makan minum percuma di sini, tempat saya membesar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast